Top Ad unit 728 × 90


Breaking News

recent

Ulama ISMA: Zakir Naik Berhasil Menampakkan Kelompok Da'wah dan Yang Bukan Da'wah

Ustaz Pudin

Oleh: Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir*
Tebar Suara | KEDATANGAN Zakir Naik ke Malaysia telah banyak membongkar beberapa pendirian dan pemikiran kumpulan-kumpulan dakwah dan bukan dakwah di Malaysia. Bahkan mendedahkan status orang kafir di Malaysia.
Secara umumnya, kita cuba lihat pendirian orang kafir terlebih dahulu. Kelantangan mereka jelas menentang kehadiran Zakir Naik. Mereka bukan menentang peribadi Zakir Naik tetapi lebih kepada agenda besar mereka tidak suka kepada umat dan agama Islam.
Mereka berada dalam millah wahidah iaitu satu kelompok atau satu ikatan agama yang sememangnya dari dulu hingga qiyamah tetap akan memusuhi Islam.
Mereka berada dalam satu ikatan walaupun secara zahir kita nampak mereka berada dalam parti politik yang berlainan dan berlawanan di medan politik. Mereka memusuhi Islam hanya kerana kita beriman kepada Allah dan Rasulnya.
Permusuhan ini telah menghilangkan dan melenyapkan semua faktor persamaan yang lain. Hanya kerana dua perkataan Amantu billah maka dititik ini kita dimusuhi. Permusuhan ini mengatasi semua slogan yang mereka dombakan selama ni.
Slogan kebebasan dan keadilan. Mereka juga sengaja melupakan bahawa negara ini adalah negara Islam. Negara Islam yang dimiliki oleh orang Islam. Mereka juga menolak kontrak sosial yang secara jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan walaupun mendakwa menghormati dan menerima perlembagaan Persekutuan.
Nilai nilai akademik pun hilang walaupun berada ditangga kegemilangan akademik di menara gading. Biasanya golongan akademik akan berhujah dengan hujah untuk mencari kebenaran dan keesahan. Tetapi permusuhan kerana Amantu Billah mengatasi segala galanya.
Umat Islam di Malaysia perlu sedar dan insaf siapa musuh dan siapa lawan di bumi bertuah ini. Bumi yang kita warisi dari datuk nenek moyang tanah watan dan Islam.
Kadang kadang terasa hairan juga ada kelompok dari kalangan orang Islam yang memuji orang kafir hanya satu perkataan Satan ditarik balik dalam kenyataan mereka terhadap saudara se agama dengan kita sedangkan tuduhan mereka terhadap saudara seagama dengan kita amat menyimpang dari fakta yang sebenar.
Jangan menyanggahi kerana mereka tidak memahami Islam.
Adakah syariat membenarkan saudara se agama dengan kita dicaci dan dicela begitu saja tanpa pembelaan dari kita. Alasan utama kita ialah Dakwah bilhikmah. Adakah ini yang dikatakan hikmah dalam berdakwah.(Ismaweb.net)
*) Penulis Merupakan Ketua YDP Isma Pasir Puteh merangkap YDP Majlis Syura Isma.

Baca Juga: Zakir Naik Islamkan Gadis Kristiani di Padang Astaka Kemaman - Malaisyia
Ulama ISMA: Zakir Naik Berhasil Menampakkan Kelompok Da'wah dan Yang Bukan Da'wah Reviewed by Redaksi Redaksi 07:30:00 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Tebar Suara © 2016 - 2017
Thema Design JOJOThemes

Contact Form

Name

Email *

Message *

Sertakan Sumber untuk Setiap Kutipan. Powered by Blogger.