Zakir Naik Islamkan 4 Orang Non Muslim di Malaysia
Tebar Suara | KUALA LUMPUR, Stadium Hoki Bukit Jalil di penuhi dengan takbir ‘Allahu Akbar’ awal pagi ini setiap kali selepas empat penganut agama lain mengucap kalimah syahadah pada program penceramah Islam terkemuka, Dr Zakir Naik, Ahad (17/4/16).
Mereka adalah seorang wanita Harinder Pal Singh-India, seorang lelaki dikenali dengan nama Joel, dan dua wanita lagi Euroshia dan Michelle. Mereka mengucap kalimah syahadah pada sesi soal jawab yang bermula sejak awal jam 5 petang semalam sampai jam 2 pagi tadi.
Harinder adalah penganut Sikh, Joel dan Euroshia adalah penganut Kristian Roman Katholik, dan Michelle beragama Buddha.
Pada sesi tanya jawab, Euroshia bangun meminta Dr Zakir Naik mengajarnya mengucap kalimah syahadah dan tidak menanyakan apa-apa selain membuatkan ribuan hadirin terkejut dan hiba selepas dia mengucapkan kalimah syahadah.
Euroshia yang mengenakan jubah serta bertudung hitam itu tampil meminta pendakwah terkemuka itu mengislamkannya.
“Saya tidak mau bertanya apa-apa, tetapi mau mengucapkan dua kalimah syahadah,” katanya, sebagaimana dilansir Ismaweb.net.
“Masy-Allah. Saudari, kamu percaya bahawa Tuhan hanya satu? Dan Muhammad SAW itu pesuruh Allah?,” tanya Dr Zakir Naik.
“Ya, saya percaya,” jawab Euroshia .
“Alhamdulillah, saudari ikut saya mengucap dalam bahasa Arab,” kata Dr Zakir Naik.
Dr Zakir Naik yang dalam siri jelajah Malaysia kemudian mengajar wanita itu mengucap dua kalimah syahadah.
Detik mengharukan itu telah mendapat tepukan gemuruh dan takbir oleh hampir 30,000 hadirin di stadium berkenaan.
sebelumnya seorang lelaki warga India berbangsa Punjabi turut memeluk Islam dalam program itu.
Beliau nekad mengucapkan dua kalimah syahadah setelah mendengar jawaban Dr Zakir Naik atas pertanyaannya.
Harinder Pal Singh (23) juga rela hati memeluk Islam selepas mendengar penjelasan Dr Zakir Naik yang membuktikan wujud persamaan antara Al-Quran dan Al-Kitab agama yang diikutinya sebelumnya, bahwa Allah hanya satu dan Nabi Muhammad SAW pesuruhnya.
“Sekarang saya jelas bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah,” katanya.
Harinder juga berkata, bahwa kemauannya memeluk Islam bukan kerana menerima bayaran dari pada siapa-siapa ataupun tekanan oleh pihak lainnya.
“Tiada siapa yang memaksa saya,” katanya.
Sebelumnya seorang remaja Kristian berasal dari Johor, Wu Nina Grace telah memeluk Islam ketika mengikuti ceramah Zakir Naik di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu. Joel dan Michelle juga turut mengucapkan kalimah syahadah, dalam program ceramah Dr. Zakir Naik. (ismaweb.net/Tebarsuara.com)
Zakir Naik Islamkan 4 Orang Non Muslim di Malaysia
Reviewed by Redaksi
Redaksi
06:10:00
Rating:
No comments: