Top Ad unit 728 × 90


Breaking News

recent

Zakir Naik, Jabatan Negara AS dan ‘menteri mabuk’

masjid2
Oleh: Kata Pedang
Tebar Suara | SEJAK minggu lepas, isu penceramah Islam terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik hangat diperkatakan dalam media massa, khususnya portal berita. Dan, jika dibaca di dalam laman-laman sosial seperti Facebook, twitter, instagram dan banyak lagi, suhu perbahasan sudah melebihi 39°C.
Biasanya jika suhu badan normal (tidak demam) di bawah 37°C, jika lebih daripada itu maka kita dikatakan demam. Kena makan ubat. Tetapi, jika suhu sudah melebihi 39°C, Pedang nasihatkan cepat-cepatlah dapatkan rawatan di klinik atau hospital.
Begitu juga dalam isu Zakir Naik yang dijadikan kontroversi oleh puak Hindraf, MIC dan MCA. Sebelum ini, dalam lima kali kehadirannya ke bumi Melayu bertuah ini tiada masalah yang dicetuskan oleh puak-puak ini, malah kehadirannya diterima oleh orang kafir seperti kehadiran penceramah luar yang lain.
Malaysia juga tidak pernah menutup pintu kepada sami Hindu dari India atau sami Buddha China atau pastor Kristian. Mereka bebas keluar masuk, tetapi ada syaratnya sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ringkasnya jangan berdakwah atau ajak orang Islam memeluk agama mereka.
Walaupun, Pedang kata tok-tok sami itu boleh bebas keluar masuk ke Malaysia, tetapi tidaklah boleh sehingga menjadikan mana-mana negeri di Malaysia ini sebagai tempat untuk mengadakan acara keagamaan terbesar mereka. Sebab? Sebab Malaysia negara Islam.
Cukuplah, sudah ada Batu Caves yang menjadi antara kuil Hindu terbesar di dunia dan paling popular di luar India, khusus kepada pengikut Dewa Subramaniam. Cukuplah, ada patung Buddha sedang berbaring yang terbesar di Malaysia diKelantan. Cukuplah ada geraja terbesar yang telah dibina di Bukit Jalil.
Lagipun, kena ingat bahawa di Malaysia ini majoritinya umat Islam. Tidak bermakna umat Islam tidak menghormati agama lain.
Katakanlah: “Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula)menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku.” (al-Quran surah Al-Kaafirun ayat 1hingga 6)
Pedang hairan juga apabila ada orang Melayu Islam yang turut mempersoalkan kehadiran Zakir Naik. Mereka mempersoalkan kenapa jemput Zakir Naik sedangkan Malaysia tidak kurang juga dengan ulama yang boleh dijadikan rujukan jika ada masalah.
Ada juga menteri yang turut mempersoalkan demikian. Pedang nak tanya menteri berkenaan, adakah ulama di Malaysia yang pakar dalam perbandingan agama Islam dan Kristian; Islam dan Hindu atau lain-lain dan boleh memberi jawapan spontan seperti Zakir Naik.
Pedang rasa menteri berkenaan tak pernah tonton dan mengambil ilmu daripada syarahan Zakir Naik yang banyak disiarkan di dalam youtube. Perhatikan bagaimana beliau menjawab soalan. Ayat suci al-Quran dihafal, begitu juga dengan kitab Hindu – weda, tripitaka, bhagavad gita dan Bible – Book of Isaiah, Song of Solomon dan Gospel of John serta banyak lagi.
Itulah keistimewaan menjadi umat Islam di Malaysia, berbanding bangsa Melayu Islam di negara lain yang sesetengahnya sudah menjadi ‘bubur caca’. Hak keistimewaan Melayu, Bumiputera dan Islam dijaga di Malaysia. Buat masa ini lah!
Dan, hanya kerana ketetapan dibuat telah memberi keistimewaan kepada bangsa Melayu dan agama Islam, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pun mendakwa ia adalah diskriminasi terhadap kaum dan agama lain. Bukan AS saja yang berkatademikian, sebaliknya ada yang mengaku rakyat Malaysia, tetapi tidak puas hati terhadap hak itu.
Kumpulan pejuang yang meletakkan ‘hak asasi manusia’ di atas segala-galanya, parti politik rasis dan cauvinis, pertubuhan kaum, serta banyak lagi sememangnya sentiasa menentang dan mendesak hak keistimewaan itu dihapuskan.
Sebab itu, mereka menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana lambat-laun hak keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera akan terhakis sedikit demi sedikit.
Pedang tak mahu mengulas lanjut fitnah Jabatan Negara AS yang turut membuat tuduhan terhadap Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan boleh menyebabkan pertubuhan Islam dan Melayu sederhana ini, dianggap ekstrem.
Kata Pedang: Isu Dr Zakir Naik membuka mata kita mengenai siapa menteri yang berjuang untuk Islam. Juga mendedahkan siapa menteri berfahaman ‘Islam liberal’, mengambil kesempatan mencari publisiti murahan dan bercakap seolah-olah orang mabuk.
*) dikutip dari rubik Kata Pedang Ismaweb.net
Zakir Naik, Jabatan Negara AS dan ‘menteri mabuk’ Reviewed by Redaksi Redaksi 20:02:00 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Tebar Suara © 2016 - 2017
Thema Design JOJOThemes

Contact Form

Name

Email *

Message *

Sertakan Sumber untuk Setiap Kutipan. Powered by Blogger.